Kursus Rawatan Islam

Kursus Rawatan Islam dianjurkan oleh PRAWIS yang telah merangka 5 modul yang mudah lagi berkesanDibawah bimbingan pengasas PRAWIS secara langsung, pengajian ini akan bermula pada bulan Jun 2013 bertempat di PRAWIS. Pengajian berlangsung didalam lima sesi. Empat sesi WAJIB diikuti oleh para peserta secara tertib iaitu sesi pertama pada minggu pertama, sesi kedua pada minggu kedua, sesi ketiga pada minggu ketiga dan sesi keempat pada minggu keempat. Selepas tamat tempoh sesi WAJIB, sesi kelima iaitu pengajian berbentuk  amaliah pula akan disusul dimana peserta akan dibiasakan dengan merawat pesakit-pesakit secara langsung sehingga mahir merawat dan boleh berdikari sendiri.

Yuran pengajian akan dikenakan dan ianya sekali seumur hidup. Anda yang berminat bolehlah menghubungi kami  ditalian 011-2303 2804 @ 014-5615 147 untuk mendaftar menyertai kursus pengajian. Penyertaan kini dibuka dan anda boleh mula mendaftar menyertai kursus mulai sekarang.

Kursus Pengajian Ilmu Rawatan Dan Kemantapan Rohani

SESI 1  – Konsep Tawakal Dan Pengijazahan
SESI 2 – Memahami Rawatan Pengasas Dan Kaedah Rawatan
SESI 3 – Memahami Jin, Sihir, Zat Jahat Dan Kaedah Mengatasi
SESI 4 – Memantap Rohani
SESI 5 – Amal Ilmu Rawatan Sampai Pandai

Mari kenali kami..

Pusat Rawatan Islam Sepohon Jadi kini menganjurkan kursus rawatan islam bagi mereka yang berminat untuk menjadi perawat islam.PRAWIS adalah singkatan bagi Pusat Rawatan Islam Sepohon Jadi. Istilah perkataan Sepohon Jadi bermakna doa dan ianya menjadi  asas amalan yang dipakai kami dalam usaha menjalankan rawatan. Uniknya, kami merawat tanpa menggunakan sebarang bahantara (seperti keris, limau, kemenyan, minyak, garam, lada hitam dsb), tanpa ruqyah syar’iyah, tanpa jampi serapah, tanpa mentera, tanpa menggunakan khidmat makhluk halus, tanpa tangkal dan tanpa bergantung dengan barang-barang pelik yang datang dari alam ghaib.

Ilmu-ilmu rawatan yang diwariskan oleh pengasas PRAWIS pula tanpa pengisian apa-apa jenis ilmu kebatinan ke dalam tubuh, tanpa serapan dari mana-mana energi alam, tanpa terikat dengan syarat-syarat ilmu atau amal ilmu kebatinan sebagai syarat keberhasilan, tanpa berpuasa atau bertapa untuk menambah kekuatan batin, tanpa ritual khurafat, tanpa amalan wirid-wirid, tanpa belajar dalam mimpi, tanpa dampingan, tanpa menyeru mana-mana semangat ghaib, tanpa menggunakan tumbuh-tumbuhan dan batu-batuan, tanpa ilmu hitam, tanpa menggunakan barangan mistik, tanpa olahan nafas untuk menghasilkan jurus kebatinan, tanpa olahan tenaga dalam untuk pembangkitan energi, tanpa meditasi dan sebagainya.

Justeru, kami hanya menggunakan pendekatan doa dalam merawat.. itu sahaja. Namun, apabila disebut sahaja ‘doa’ mungkin ramai yang berasa biasa-biasa saja tetapi ketahuilah kalau doa itu dilaksanakan dengan tawakal yang benar dan cara yang tertentu maka sesuatu yang luar biasa akan berlaku.

Hanya dengan cara berdoa (Sepohon Jadi), anda dengan izin Allah akan berhasil memusnahkan sihir, menunduk atau membunuh makhluk halus, berdialog dan bernegosasi dengan makhluk halus, memulih, mendinding dan memagar rumah atau kedai yang disihir, merawat penyakit sehingga sembuh dan sebagainya yang semuanya itu akan anda lakukan hanya dengan tangan kosong. Sebenarnya, anda juga boleh lakukan sebagaimana kami dan ianya amat mudah untuk dilakukan.

Selamat mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat ini. Anda akan dibimbing sehingga menjadi seorang perawat seperti kami.

You are here: Home \| Perubatan Islam \| Kursus Rawatan Islam