Ibadah Sunat Pelengkap Ibadah Fardhu

PDFPrintEmail

IBADAT solat penentu keimanan seseorang dan sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan orang itu gugur keimanannya. Solat juga memisahkan antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran.Menjaga solat supaya diterima oleh Allah penting dan bagi tujuan itu, solat yang sempurna serta tidak ada cacat kurangnya menjadi keutamaan. Walau bagaimanapun, sebagai makhluk yang lemah, kita sentiasa terdedah dengan godaan syaitan.

 

Disebabkan itu, ada masanya solat kita tidak sebaik dan sempurna seperti diharapkan. Semuanya itu mencacatkan solat fardu yang dikerjakan dan sekali gus mengurangkan pahala. Namun, ada peluang untuk menampung kecacatan solat fardu dengan amalan solat sunat.


Solat sunat dapat membantu menutupi segala kekurangan mungkin wujud semasa mengerjakan solat fardu.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya amalan manusia yang mula-mula dihisab pada hari kiamat ialah solat mereka. Tuhan berfirman kepada para malaikat-Nya padahal Dia lebih mengetahui: Periksalah solat hamba-Ku!


Sempurnakan atau kurang? Jika solatnya sempurna catatkanlah sebagai sempurna, dan jika terdapat sesuatu kekurangan, Tuhan berfirman pula: Periksalah adakah hamba-Ku mempunyai amalan solat sunat? Jika dia mempunyai amalan solat sunat lalu Tuhan berfirman: Sempurnakanlah solat fardu hamba-Ku dengan solat sunatnya. Kemudian diperhitungkan amalan itu dengan cara demikian.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Selain orang yang mengerjakan solat sunat dapat menutupi segala kekurangan solat fardu, solat sunat juga menjadikan pelakunya ahli syurga.


Rabi’ah bin Malik al-Aslami berkata: “Aku pernah bermalam di rumah Rasulullah SAW. Ketika Baginda bangun, aku mengambil air wuduk untuk Baginda dan melayani apa yang Baginda perlukan. Selanjutnya Baginda bersabda kepadaku: Mintalah! Aku menjawab: Aku meminta supaya jika aku dapat menemani engkau di syurga kelak.


Baginda bertanya: Adakah permintaan selain dari itu? Aku menjawab: Cukup itu saja. Baginda lalu bersabda yang maksudnya: Bantulah aku bagi mencapai permintaanmu itu dengan memperbanyakkan sujud (solat sunat).” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa’i)

Sesungguhnya amalan mengerjakan solat sunat banyak manfaatnya. Mereka yang melakukannya akan dicintai Allah SWT dan Dia akan meninggikan hamba-Nya itu satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan (dosa).

Ulama dan penulis terkenal Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni dalam bukunya Pesanan Untuk Orang Berdosa ada mencatatkan: “Ingatlah bahawa saranan atau jalan paling efektif untuk memelihara iman adalah ibadah sunat. Ingatlah bahawa tanda kebenaran seorang mukmin tersembunyi dalam ibadah sunatnya. Ingatlah bahawa sesungguhnya banyak bersujud, melaksanakan ibadah sunat dan membaca al-Quran adalah langkah untuk mempertahankan iman.”

sumber dari : berita harian Online

Tags:
Latest Articles
Related Articles

Like Us @ FB

Terkini @ Forum

PERKENALAN assalamualaikum! saya lah rasanya yang terbaru, baru malam ini saya menyertai forum kat sini, kalau sesiapa yang sudi ajar dan tegur amat di...
Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu menurut pandangan saya tujuan utama mempelajari ilmu ketuhanan adalah untuk kita mengenali hakikat diri sendiri, apabila kita telah mengenali hakikat...
Konsep Allah Kenapa pulak Allah itu bukan tuhan. Siapakah pulak yang jadi tuhan jika bukan Allah?? Allah itu tuhan ... Quran dengan jelas mengatakan...
Wahdatul Wujud suatu akid Wahdatul Wujud itu pakaian para Wali Allah yang baqabillah.... Ilmu mengenai Allah itu kan berperingkat2 : 1) Tahap bayi 2) Tahap...
TUHAN sahabat,, kejadian makhluk itu dari nur muhammad..nur muhammad dari nur tuhan... bukan bermaksud 'cubit' zat tuhan...zat tuhan tidak berkongsi...

Komen Terbaru

Iklan Penaja

Bilangan Pelawat

028335
IP ANDA :38.107.179.230
You are here: Home | Artikel-Artikel | Tazkirah | Isu Semasa | Ibadah Sunat Pelengkap Ibadah Fardhu