Apa itu Syahid Dunia Dan Syahid Akhirat

Syahid Dunia Dan Syahid AkhiratDi zaman nabi dahulu, orang yang berperang kerana Islam, dan apabila terkorban maka ia dikira syahid. Namun tahukah kita bahawa, orang yang mati syahid sebenarnya ada 3 golongan iaitu syahid pada hukum dunia dan akhirat, syahid pada hukum dunia dan syahid pada hukum Akhirat.

Syahid dunia dan Akhirat ialah syahid dalam pertempuran menentang musuh di medan pertempuran kerana menegakkan kalimah Allah. Orang yang mati syahid sebegini tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disolatkan menurut jumhur ulamak. Di Akhirat nanti ia akan memperolehi balasan istimewa dari Allah SWT.  Ia juga selamat dari soal kubur.

Syahid pada hukum dunia ialah orang yang mati kerana berperang menentang orang-orang kafir tetapi telahpun mendapat gaji dari peperangan yang dilakukannya atau mendapat bahagian harta rampasan dari peperangan tersebut atau orang yang mati kerana memerangi golongan kafir dalam keadaan riya’ dan lain-lain.

Syahid pada hukum Akhirat ialah seperti orang yang dibunuh secara zalim, orang yang mati kerana mengalami penyakit dalam perut, orang yang mati kerana penyakit taun, orang yang mati tenggelam, orang yang mati dalam keadaan dagang / musafir, orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu, orang yang mati kerana menahan rindu, mati kerana melahirkan anak dan sebagainya. Di dunia orang ini dikafan dan disolatkan. Di Akhirat ia akan mendapat pahala khusus dari Allah.

Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel RA (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid.”

Sumber

Comments   

 
#1 Pro Rakyat 2014-03-18 15:12
Apa yang saya dapat dadi artikel inni benar-benar berguna
untuk kami. Terima kasih, saya harap pada berita selanjutnya pasi lebih bermanfaat
lagi. Sukses untuk Anda.
 

Add comment

Security code
Refresh

You are here: Home \| Artikel-Artikel \| Artikel \| Isu Semasa \| Apa itu Syahid Dunia Dan Syahid Akhirat